The mouth//

Love Story
9 Mar 2013 | 09:22 | 0 Words






Cinta ni suatu perasaan yang boleh datang bila-bila masa je..tak kira tempat,umur,usia mahupun rupa..Sayang?suatu perasaan yang orang tertentu je yang dapat rasa.SEE?"Cinta dan sayang is a different thing" faham?Zaman sekarang lelaki mahupun perempuan tak mampu lafazkan kata CINTA atau lebih dikenali sebagai LOVE tu dengan ikhlas.
Mungkin yana tak cukup pengalaman atau sebaliknya untuk beri kauorang kata-kata hikmat atau advice.Tapi Yana cuba k untuk kongsikan setakat mana yana mampu.
Okay bagi cinta yang tak kesampaian,contohnya situasi begini
Situasi :

Si A suka si B,Pada masa yang sama si B suka si C,Si C  ni pula suka si B,Jadi Si A ni bertepuk sebelah tangan

Bagi kauorang yang dalam situasi begitu jangan,berputus asa..Lupakan dia !biarkan dia dengan hidup baru!tak bermakna awak tak dapat hati si dia awak GAGAL dalam hidup ! wake up la,ramai lagi lelaki/perempuan kat luar sana..Kalau betul korang sayang si dia,lepaskan dia..biar dia bahagia dengan pilihannya..bukankah itu yang korang nak?membahagiakann dia :)

Bagi korang yang sedang mengalami cinta 3 segi..
Situasi :
Si A couple dengan si B.Si A dan Si B ni saling menyayangi.Tapi dalam pada masa yang sama Si A ni sayang si C,dan ingin si C jadi teman sehidup semati dia .Si C ni pula memang dah lama sayang si A


Ni hal yang paling paling rumit ! yana sendiri pernah mengalaminya.memang sangat sangat sangat perit ! bagi korang yang pernah mengalami situasi macam ni,yana nasihatkan korang fikirlah masak-masak..pastikan mana yang terbaik untuk korang..pastikan dia lah pilihan hati kauorang..bila kauorang dah dapat jaga elok-elok,jangan buat dia macam kertas..buat tak dilayan je..dan jangan nak ikut nafsu sangat,nak yang cantik je..

Cinta jarak jauh
Situasi :

Si A berjauhan dengan Si B,jarang berjumpa...

Maka timbul lah SYAK WASANGKA,SALING TIDAK MEMPERCAYAI,SALING TUDUH MENUDUH, dan sebagainya...Yes,yana sedang mengalaminya..Bagi yana perkara ni normal bila dalam perhubungan..kadang kadang stress juga woo bila fikir...mana boleh percaya sangat dengan diaorang ni..nak nak lagi diaorang belajar/kat tempat yang popular dengan awek awek cun,sosial,hotstuff pakwe pakwe handsome,macho dan sebagainya..k tak nak sebut lah kann kat mana tempat tu,kauorang pula jangan la buat buat tak tahu.....Nasihat yana,think positive,kalau kauorang rasa syak kat si dia,kauorang ajak dia berbincang CARA BAIK bukan mengutuk kat status bagaiii..kalau diaorang buat tak tahu,buat tak endah,kauorang tarik je cuping telinga si dia,bagi perempuan pula,si lelaki cucuk cucuk la pipi dia..hahahaha eh jangan ambil serious sangat,yana gurauje..ehem,yana tak tahu nak nasihat apa kalau bab ni,sebab yana sendiri tak dapat selesaikan... :)
Cinta Mainan
Situasi :

Si A couple dengan si B,dalam pada masa yang sama Si A couple dengan si C tanpa pengetahuan si B.


Okay ini memang @#&*^#&   seriously,yana paling benci manusia yang jenis macam ni bahkan lebih benci dari ex yana!Situasi ni memang sangat sangat menyakitkan !!!!!!!! fuhhhh geram tahap dewa dah ni ! rasa nak hentak hentak laptop ni..Bagi kauorang yang sedang mengalaminya,yana nasihatkan TINGGALKAN orang yang seumpama dengan si A ni..sebab apa tau?diaorang diibaratkan sampah masyarakat bagi yana la..bagi kauorang tak tahu la..Yana rasa kan manusia jenis macam ni,tak layak hidup..Hidup kalau nak menyakitkan hati,perasaan orang baik tak payah...perasaan ni bukan main main..60% orang jadi gila sebab perasaan ! haa sebab hal ni laa...lebih lebih lagi bila dah khawin,aduhai perit yang amat !  tapi takpe,ALLAH,selalu ada dengan kauorang..sentiasa berdoa,agar hubungan kauorang tak goyah..rumah tangga tak rosak..dan sebagainya :)
harap dapat membantu dengan nasihat yang tak seberapa ni...

*POST INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP MAHU PUN MATI*

-Past- | -New-