The mouth//

Dan Sebenarnya
1 Mar 2013 | 09:13 | 0 Words


Yess,rindu sangat !! Rindu kat dia ! Tipu la kalau yana cakap yana tak rindu dia..Tak rindu dengan suara manja dia,tak rindu dengan mata dia,Tak rindu dengan gelak tawa dia.Hhmm,sebenarnya yana tak tahu apa yang yana nak dari dia..Yana terlalu control dia?Urm Maybe..Tapi..yana control ada sebab?Ye ! ada sebab yang munasabah ! Jujur yana cakap,Yana tak reti nak marah lama-lama..lebih lebih lagi dengan orang-orang yang yana sayang..Tipu la kalau yana tak berkecil hati dengan kata-kata dia malam tadi masa call.Memang terguris hati ni,tapi..nak buat macam mana yana kena stay strong juga..Yana anggap Hal kecil je tu :) Yana okay la..Don't worry..Yana memang banyak angan-angan,suka berangan dan yana memang suka bermimpi..Tak salah kalau kita nak berangan-angan..Mana tahu angan-angan tu jadi kenyataan?Yana berangan pun benda yang positif,bukan negatif contohnya macam nak jadi second wife Aaron Aziz.Woo mustahil ! itu contoh je..Actually,tak baik kaitkan dengan husband orang..Sorry Sis Diyana..
Emm ? Twitter tuu.....Okay la jujur Tweet tu,semuanya palsu.Semua tweet yang tak dimention nama someone tu palsu..Yana buat semua tu,just nak tengok reaksi awak..Yana tahu awak akan baca tweet tweet tu..Dan awak mesti sakit hati..Macam mana kesakitan yang awak rasa tu,macam tu lah sakitnya bila saya baca Direct Message awak dengan Perempuan tu.Yana tahu,awak cuba berkali-kali untuk menerangkan pasal bukan awak yang tweet or DM dia..Sorry to say yana tak  percayakan awak.Awak tak pernah usaha untuk mendapatkan kepercayaan yana.Awak tak pernah usaha untuk buktikan bahawa tu sememangnya bukan awak..Bukan awak yang lakukan..Bukan awak yang salah..Semua ni jadi tanda tanya,kenapa sejak awak pergi JB je,awak jadi macam ni..Nampak awak berbeza sangat..Yana tahu awak busy dengan pelajaran awak..Dan Yana faham sememangnya Yana nombor 4 yang terpenting dalam hidup awak.Yana tak kisah Yana nombor berapa cuma Yana nak awak berubah balik,jadi macam dulu ? Cuba awak bandingkan whatsapp/text message yang lama lama,dengan yang sekarang ni..Boleh nampak perbezaannya cara layanan awak terhadap Yana .Macam yang Yana cakapkan,Yana tak kisah Yana nombor keberapa yang penting dalam hidup awak..Cuma Yana nak awak respect Yana sebagai perempuan yang ada perasaan.
Kalau awak nak tahu,yana banyak sangat memendam rasa.Bukan nak berahsia cuma tak ada masa sesuai nak luahkan dan awak tak pernah beri  peluang untuk yana luahkan..Bila yana nak luahkan je,mesti awak start moody.Sebab tu yana terus simpan..Dan akhirnya jadi macam ni.
Still ingat lagi,janji yana tak nak buka cerita ni..Tapi yana minta maaf,yana hack twitter awak tanpa pengetahuan awak dan yana baca Direct Message awak dengan perempuan tu dan hasilnya begini..Kita gaduh,tak contact..Perli-memerli..
Emm,yana faham awak cuba lepaskan geram awak dengan memerli,mengutuk yana kat twitter,kawan kawan awak.
Tak apa yana redha dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut awak..Yana anggap semua tu dilakukan tanpa sengaja..Yana faham Awak macam mana bila marah..Tapi,jangan sampai kata-kata awak tu memakan diri awak sendiri.Jangan sampai awak lupa orang yang awak kutuk,orang yang awak caci,orang yang awak perli tu lah yang awak pernah sayang,pernah rindu,pernah berjanji,pernah cinta...Dan dia lah yang sentiasa ada dengan awak...


Saya minta maaf,Saya manusia biasa yang selalu membuat kesalahan dan saya hanya mampu memohon maaf..
Saya maafkan segala kesalahan awak walaupun saya tahu saya yang disakiti..
Sayang awak Mikhail Kamarulzaman .. :)



-Past- | -New-