The mouth//

Anugerah Cinta
19 May 2012 | 09:28 | 0 Words
                                                                                                       SINOPSIS :
NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya. Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!
Haa , yelaa...yana tahu time exam tak patut baca novel cintan cintun nii..Tapi nak buat macam mana kan yana memang dah tak boleh tidur malam tuu..So,teringat novel yang yin pinjamkan tuu.Ya Allah,sedih gilaaaaaa...Tapi ending dia Happy Ending juga..Hah,biasalah NOVEL.Mesti ending dia happy kan?huuu,kan best kalau realiti kehidupan kita macam tuu..Macam mana?macam cerita dongeng,cinderella,beauty and the beast and macam2 lagi laaa..mesti diakhiri dengan  "THEY LIVED HAPPILY EVER AFTER"...Whoaa,best nye..semua impikan kehidupan macam tu kan?Hehe,yah...tapi nak buat macam mana kehidupan kita sudah ditentukan oleh TUHAN YANG MAHA ESA...Herm mengantuknye !! okaylah tak boleh lama nanti buah hati pengarang jantung marah..hohoho bubye !


-Past- | -New-