The mouth//

Novel ouh Novel :)
15 Nov 2011 | 07:27 | 0 Words
Dah pukul 6 ptg . Waktu kerja pun dah habis . Sementara tunggu mama amek . Yana pergi lha mydin kejap . Cuci mata . Hehe . Pastu yana nampak ramai girl berkumpul kat satu kiosk ni . Yana pergi lha tengok . Ingat kan ape lha tadi . Rupanya ada Kempen "Kaki buku" yang sudah bermula mulai hari ni hingga bulan febuari tahun depan . Mama tak sampai lagi ni , so Yana pun join lha  usha2 novel kejap. .Ada satu Buku yang bertajuk "Juara Carta Cinta" .   Macam menarik jeh auw . Sinopsis dia pun macam kandungan cerita ni banyak yang sedih.  Rm19.90 jeh . Nak beli lha !!! haha . banyak lha kau yana . Buku Belajar taknak beli . Novel juga kau beli .. :)



Juara Carta Cinta
SINOPSIS ::

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas tu yana jumpa buku ni pula . Nak beli yang ni juga ! Bila baca sinopsis ni kita pun dah tahu Jalan penceritaan novel ni macam kisah cinta komedi jeh kan ?  Mesti best ! kena beli ni ! 


                     Sinopsis
Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?




















Bye :)


-Past- | -New-